April 26, 2011

Apa itu KOSMETIK?


"KOSMETIK" ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan ronga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan cantik.

Produk Kosmetik di Malaysia adalah di bawah kawalan 'Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984', ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia yang di pantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) unit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah bagi menjamin  produk kosmetik yang berada di pasaran adalah berkualiti dan selamat digunakan.

Semasa memilih produk kosmetik yang berada di pasaran pastikan anda memeriksa kandungan bahan yang digunakan di dalam produk kosmetik tersebut.