Ramai wanita yang sering mengatakan bahawa mereka tidak reti untuk memakai maskara tetapi terlalu menginginkan bulu mata yang menawan. Oleh itu, kami akan membantu anda dengan cara-cara memakai maskara dan produk-produk FCC yang patut anda cuba!
9 Panduan Pemakaian Maskara
- Pemakaian maskara mestilah langkah
terakhir bila bersolek. Ini bagi mengelakkan sapuan bedak memalapkan
bulu mata. Calitkan berus maskara pada pangkal bulu mata dan goyang-goyangkan
secara melintang pada bulu mata untuk seketika. Kemudian gerakkan berus
maskara menghala ke hujung bulu mata. Biarkan bulu mata kering sebelum
mengulang kali kedua. Jangan buat sapuan lebih daripada 2 kali!
- Bila membeli maskara, utamakan bentuk berus dan juga jenis rumusan. Rupa bentuk berus sepatutnya cukup jauh untuk mengelakkan ia bergumpal tetapi cukup dekat umtuk berupaya menyelaput semua bulu mata. Bentuk berus yang pendek dan halus selalunya menawarkan selaput yang tipis manakala berus yang padat menyelaputi lebih tebal dan lebat.
- Selain itu bila membeli maskara pastikan dakwat maskara tak melekat pada bulu mata dan menyelaputi bulu mata dengan seragam daripada pangkal hingga ke hujung. Pastikan juga ianya cepat kering tetapi memberi cukup waktu untuk bulu mata membentuk. Maskara juga perlu cukup upaya membentuk bulu mata dan cukup lembut utk tahan geseran serta dapat mewarnakan bulu mata dan selesa pada mata.
- Kiranya maskara kita meleleh atau terlalu basah, gunakan tisu utk menekapnya selepas memakai. Bagi mengelakkan maskara berbekas dan comot bawah mata, pilih jenis kalis air ataupun tahan air. Kalau tak pun, cuba bedakkan bulu mata sebelum pakai maskara. Banyak sebabnya kenapa maskara comot. Antaranya terlalu banyak mengoles pelembap, penggunaan bedak asas berpelembap, bingkai cermin mata bertongkatkan pipi. Sekiranya sekeliling mata kita berminyak, ia boleh menyebabkan maskara berbekas.
- Sentiasa calitkan maskara pada bulu mata atas pada bahagian bawahnya. Manakala untuk bulu mata bawah pula, sapu pada bahagian atasnya. Memakai maskara pada atas bulu mata atas akan membuat bulu mata nampak berat dan berbuku-buku.
- Sentiasa mencalit nipis maskara pada bulu mata bawah. Untuk memiliki solekan wajah yang bersih, elakkan memakai maskara di bulu mata bawah.
- Sentiasa memakai dengan memegang maskara secara selari atau melintang dengan lantai. Jangan halakan hujung maskara ke mata anda. Ia boleh menyebabkan berlaku gumpalan serta bahaya kepada mata.
- Jangan memakai maskara dalam kenderaan yang bergerak. Untuk mendapatkan hasil yang baik bila memakai maskara, cuba golek-golekkan maskara seolah-olah menyikat bulu mata.
- Untuk merias semula atau senang kata 'touch up', boleh juga nak sapu maskara buat kali kedua. Tapi sapuan kenalah tipis bagi mengelakkan gumpalan.