Alhamdullillah pada 8hb October 2011, team F.C.C dapat berjumpa, berkenalan dan beramah mesra dengan F.C.C Retail Partner dari seluruh Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada kesemua Retail Partner (RP) yang sudi meluangkan masa sepanjang hari bersama team F.C.C bagi Event "Intensive Product Training for F.C.C Retail Partner". Yang jauh dan yang dekat semua berkumpul bersama untuk menimba ilmu.
RP yang pertama sampai Puan Siti Hasnorimy (Kak Emy) - Tuanak Bakti Holding yang datang jauh dari Kota Bahru, Kelantan, dan diikuti RP2 yang lain:-
Puan Noorsaadah - Sayangnya Mama Shoppe dari Kulim, Kedah,
Puan Fairuz - D'Sweet Lavender dari Bukit Mertajam, Penang,
Puan Hajah Lailiah - De'Laily Salon dari Meru, Klang,
Puan Norazian - Azzalyn Bridal dari Puchong,
Puan Zarina - Rozlanzarin dari Shah Alam,
Puan Roshila - Auni Darweesha Resources dari Putrajaya,
Cik Siti Suryati - Syerra Shoppe dari Kajang,
Cik Norzila - Persona Zila dari Grik, Perak,
Puan Adilla - D' Alawi Enterprise dari Shah Alam,
Puan Rafidah - Syarikat Perniagaan Shakida dari Balik Pulau, Penang,
Puan Roslinda - Lynn Beauty Studio dari Shah Alam
dan F.C.C main distributor bagi Sarawak Cik Azyan Aniyah yang terbang ke semenanjung untuk bersama-sama kami.
Tersangat-sangat kami menghargai kedatangan anda semua bagi sama-sama kita mengukuhkan dan memperkenalkan F.C.C keseluruh Malaysia. Kami juga sangat berharap anda semua berpuas hati dengan layanan yang diberikan, sepuluh jari kami susun dari team F.C.C jika ada salah dan silap ataupun ketidak puasan hati minta dimaafkan.
Program hari itu dimulakan pada pukul 9.00 pagi dimana F.C.C team menyambut kedatangan RP dan diikuti oleh pemberian kata-kata aluan oleh Pengurus Program merangkap Sales Representative Cik Nurliyana. Selepas itu Pengarah Urusan NSSB (Naturalife Solution Sdn Bhd) Cik Ili Zawani Dato' Ismail memberikan pula ucap kata pada semua RP yang hadir berkenaan Matlamat, Misi dan Vision NSSB dalam memperkenalkan F.C.C keseluruh Malaysia. Pada pukul 10.30 pagi program berhenti sebentar untuk minum pagi dan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Program disambung dengan penyampaian mengenai Pengetahuan Produk F.C.C secara detail oleh Puan Nordiyana dari Bahagian Marketing. Selain dari F.C.C produk NSSB juga menjadi distributor bagi produk Minuman Kesihatan "NANOXAN GOLD" oleh itu sedikit penerangan mengenai produk telah disampaikan oleh Puan Maziah daripada Nanoxan.
Pada pukul 1.30 petang program ditangguhkan bagi makan tengahari dan sembahyang zohor. Tepat pukul 2.30 petang program dimulakan dengan sedikit taklimat mengenai Pelan Pemasaran F.C.C bagi sessi 2011/2012. Program kemudian nya disambung dengan taklimat dari F.C.C Sales Consultant Puan Azlina berkenaan "How to Maximize your Profit".
Selain taklimat dari bahagian Marketing dan Sales acara seperti Cabutan bertuah dan kuiz menguji pengetahuan RP diadakan dengan hadiah-hadiah yang menarik diberikan. Program berakhir pada pukul 5.30 petang dimana selepas itu sessi membeli belah barangan F.C.C oleh RP
Jom tengok beberapa gambar yang sempat disnap hari tu:-
Fcc ni owner dia yang hodoh tu kan?
ReplyDeleteAssalam..saya berminat untuk menyertai Rakanniaga (retail partner). Boleh berikan butiran lanjut? sila emel ke jayneyong83@gmail.com. terima kasih
ReplyDeleteBerminat menyertai rakanniaga...rozellia@jsh.kpjhealth.com.my
ReplyDeleteHai..saya berminat untuk menjadi Retail Partner produk kosmetik Farmasi Color Cosmetics ini.. Sila hangar butiran dengan lebih lanjut ke email winncunn@gmail.com.. Maklum balas dari pihak pengurusan amatlah dihargai..Terima Kasih..
ReplyDelete