22hb October 2011, batch kedua program "Make-up Know How" berjaya dilaksanakan bersama 10 orang peserta yang terdiri daripada pelanggan tetap F.C.C dan peserta yang dihantar oleh F.C.C Retail Partner.
Kelas bermula agak lewat dari yang dijadualkan. Dimana kami menunggu beberapa peserta yang tiba agak lewat kerana tersesat semasa mencari Ibupejabat F.C.C. Tepat pada jam 11.00 kelas dimulakan dengan sedikit ucapan alu-aluan dari wakil team F.C.C. Team F.C.C yang terlibat pada hari itu adalah Cik Nurliyana (Project Manager), Puan Zalifah (F.C.C Make-up artist), Cik Izwati (Model untuk make-up siang), Cik Haizun (Make-up Artist) dan Puan Nordiyana (Photographer).
Sessi pertama bermula dengan kelas make-up bagi solekan siang yang mana lebih menekan gaya make-up Natural dan Sophisticated. Peserta di ajar dahulu penggunaan warna yang sesuai bagi solekan siang oleh Puan Zalifah. Demo solekan yang ditunjukkan oleh cik Haizun sedikit sebanyak membantu peserta belajar teknik-teknik solekan yang betul, ringkas serta senang diapplikasikan walaupun bagi mereka yang baru sahaja belajar bersolek.
Kemudian sessi praktikal untuk solekan Siang diadakan dimana peserta mencari pasangan masing-masing dikalangan peserta juga dan diminta mengapplikasikan segala teknik solekan yang telah diajar sebelum ini. Sessi ini penting kerana ia memberi peluang kepada peserta sendiri mencuba dan memahami sendiri teknik-teknik yang diajar.
Kemudian selepas berhenti rehat sebentar kelas disambung dengan Sessi solekan Malam dimana solekan gaya Glamour dan trendy diajar oleh Puan Zalifah sendiri. Kali ini solekan dan teknik yang diajar lebih susah dan memerlukan lebih perhatian dan tumpuan daripada semua peserta.
Solekan malam selalu nya dikaitkan dengan solekan yang glamour dan berkilauan. Penggunaan make-up yang mengandungi kesan glitter juga digunakan serta penggunaan bulu mata palsu bagi memberikan kesan yang lebih dramatik.
Semasa sessi praktikal untuk solekan malam pasangan yang mana menjadi model semasa praktikal solekan siang menjadi jurumekap pula. Jadi kesemua peserta mendapat pengalaman menjadi make-up artist pada hari itu.
Semasa kedua-dua sessi praktikal puan Zalifah sentiasa bersama peserta memberikan tunjuk ajar dan nasihat dalam memilih warna yang sesuai dan mengajar sendiri peserta-peserta cara-cara solekan yang betul.
Kelas "Make-up Know How" berakhir pada pukul 3.30pm dengan sessi fotografi bersama-sama team F.C.C.
Kita tengok beberapa gambar before and after ^_^ masing-masing tunjuk skill kalah make-up artist professional.
Kami berharap kesemua peserta yang mengikuti kelas ini dapat menimba ilmu sebanyak mungkin daripada Make-up artist kami dan berharap mereka berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Kepada mereka yang mungkin terlepas batch kali ini boleh menghubungi pihak pengurusan untuk mengetahui tarikh untuk batch yang akan datang. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang batch ketiga akan diadakan sekitar bulan Januari 2012, dimana tarikh tetap nya akan diberitahu kelak. Tapi tak salah kalau anda mendaftar dari sekarang bagi peserta batch ketiga. Tempat adalah sangat terhad kerana kami ingin beri perhatian sepenuh nya pada setiap peserta yang hadir.
Jutaan Terima Kasih kepada kesemua 10 peserta yang hadir di Batch kedua "Make-up Know How" diharap anda enjoy bersama team F.C.C pada hari itu.
So let's see some picture from that day!!!!
he..he.. ada improvement sikit nak make-up diri sendiri. kalau tak tu main redah aje.. Tq all
ReplyDeleteGood job...kalau cukup student and dapat buat every month lagi bagus kan..sebab boleh perbaiki lagi skill kita.
ReplyDeleteada lgi x class ni kt labuan?
ReplyDelete