April 26, 2011

Apa itu KOSMETIK?


"KOSMETIK" ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan ronga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan cantik.

Produk Kosmetik di Malaysia adalah di bawah kawalan 'Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984', ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia yang di pantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) unit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah bagi menjamin  produk kosmetik yang berada di pasaran adalah berkualiti dan selamat digunakan.

Semasa memilih produk kosmetik yang berada di pasaran pastikan anda memeriksa kandungan bahan yang digunakan di dalam produk kosmetik tersebut.


Perkara utama yang perlu dilakukan semasa memilih produk adalah seperti berikut:-

1. Pastikan kandungan bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan terlarang seperti 'Mercury' pada lisptick.
2. Pastikan tarikh luput produk. (Kosmetik produk dipasaran mempunyai tarikh luput yang standard mengikut piawaian kawalan BPFK iaitu 3 tahun)
3. Pastikan packaging berada di dalam keadaan yang baik.

Anda juga mestilah mengetahui serba sedikit mengenai bahan2 yang lazim digunakan di dalam kosmetik dan aper kegunaan nya pada kulit anda.

Bahan yang lazim terkandung didalam produk kosmetik

1. Alphahydroxy Acids atau AHA - Bahan kimia yang dihasilkan secara semulajadi dan biasanya ditemui didalam buah-buahan citrus (citric acid), Tebu (glycolic acid) dan susu (lactic acid). AHA biasanya digunakan sebagai skin-conditioning agent. Produk Skincare lebih banyak menggunakan bahan ini. Produk yang mengandungi AHA boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif pada cahaya UV. Oleh itu cuba periksa produk skincara anda sekira nya ia mengandungi Glycolic acid atau lactic acid atau kedua-dua nya pada kepekatan lebih kurang 2.5% dan tidak mengandungi bahan penapis UV (UV Protection) produk berkenaan sepatutnya perlu dilabelkan dengan label amaran samada perlindungan dari pendedahan kepada cahaya matahari atau penggunaan bersama produk penapis suria.

2. Collagen - Merupakan gentian protein yang telah dihidrolisiskan yang digunakan secara meluas didalam produk kosmetik penjagaan muka dan rambut.

3. Glycerin - Merupakan agent humectant yang digunakan didalam produk seperti sabun, ubat gigi, penjagaan kulit dan rambut.

4. Lanolin - Digunakan sebagai pelincir permukaan kulit untuk memberikan kesan penampilan kulit yang lembap dan licin. Biasa ditemui didalam produk solekan dan penjagaan bayi.

5. Paraben - merupakan bahan awet yang biasa digunakan didalam produk kosmetik tetapi pada had yang ditetapkan oleh pihak BPFK. Ia digunakan bagi mencegah pertumbuhan kulat semasa rempoh penyimpanan. Paraben yang biasa digunakan adalah Methylparaben, Propylparaben, Ethylpraraben, butylparaben dan Isobutylparaben.

6. Mineral Oil - Lazimnya digunakan sebagai hair conditioning agent, skin conditioning agent, emollien dan bahan pelarut. Digunakan sebagai bahan untuk mencegah berlakunya pemisahan lapisan diantara minyak dan cecair didalam produk kosmetik. Bahan ini membantu produk seperti lipstick, produk penjagaan bayi dan alat solekan tidak mudah pecah dan tahan lama.

7. Titanium dioxide - Digunakan sebagai agen pelindung cahaya matahari dan bahan pewarna didalam kosmetik. Ia membantu untuk menyerap sinaran UV yang boleh menyebabkan kesan penuaan pada kulit.

Itu antara bahan-bahan lazim yang anda biasa temui didalam produk-produk kecantikan yang berada di pasaran. Oleh itu pastikan anda memilih produk yang betul. Sayangi lah kulit anda ^_^

1 comment:

  1. what is the function of deionised water in our cosmetic? is it for moisturizing our skin?

    ReplyDelete