June 19, 2011

Berpijak dibumi nyata - Definisi Kecantikan

Tiada perempuan yang tidak suka bila di puji cantik. Anak-anak dara diajar dari kecil untuk sentiasa menjaga penampilan dan tatatertib diri. Tapi dimana yang dikatakan cantik? Wajah? Tubuh Badan? Hati budi? ....orang ramai yang selalu runsing bila melihat si suami atau boyfriend kacak bergaya tetapi si isteri/girlfriend hanya nampak sederhana, tak cantik tapi manis. Mereka akan berkata padan ker pasangan tuh? mesti ada udang sebalik batu? ..tak cantik di mata orang ramai jadi dimana cantik nya yang si suami nampak? ....

Definasi kecantikan bukan hanya terletak pada paras muka tapi keperibadian dan tingkah laku. Kenapa mesti sampai melakukan pembedahan plastic dan menyuntik botox semata-mata ingin dikatakan cantik. Orang selalu mengejar untuk mendapat perhatian dari orang ramai sampai ada yang masuk bakul angkat sendiri. Sampai ada yang kata 'Siapa lagi nak puji kita selain diri sendiri' ...ermm percaya la masih ada yang akan memuji anda walau bagaimana pun wajah anda...tak percaya? cuba tanya pada mak anda cantik tak saya! dan anda pasti tahu jawapan nya. Itu adalah jawapan paling bererti dan ikhlas dari seorang ibu...betulkan?

Cukup..cukup mari kita lihat peliknya definasi kecantikan mengikut negara.... ^_^

Jepun dan Korea


Oh! they pretty, they cute and they look like angel. Jepun dan Korea mempunyai culture yang hampir sama. Wanita-wanita mereka kecik ataupun genit2 belaka. Kulit putih, licin dan lembut. Aaa ramai perempuan yang ingin nampak seperti mereka. Wanita jepun amat menjaga kulit mereka. Bagi mereka rahsia kepada segala kecantikan bermula daripada kulit yang sihat. Oleh itu wanita jepun selalu atau mesti mengambil makanan dan minuman yang mengandungi Kolegen. Di negara matahari terbit ini bahan kolegen ini amat mudah di dapati seperti di supermaket dan kedai-kedai runcit. Tujuan mereka mengambil kolegen adalah agar kulit mereka tetap halus, collagen adalah protein utama yang menyusun 75% area kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit. Selain itu di jepun mempunyai rambut yang halus dan lurus juga adalah penting. Mereka juga amat mementingkan penjagaan rambut. Cuba la carik perempuan jepun yg memang mempunyai rambut semulajadi kerinting, memang susah.

Bagi wanita korea bermata bulat dan besar, mulut yang kecil dan comel, badan yang langsing adalah paling penting. Jika remaja perempuan mempunyai badan yang gempal dan chubby pasti hanya menjadi ejekan kawan-kawan sekelas dan jangan harap lah ada pakwe. Oleh itu pembedahan plastik adalah salah satu business terlaris di Korea. Hingga kan ia menjadi budaya dimana ibu bapa akan menghadiahkan anak-anak mereka hadiah harijadi pembedahan mengecilkan hidung dan penambahan kelopak mata. Bukan hanya anak-anak perempuan tetapi juga lelaki. Dinyatakan kadar pembedahan plastik dikorea adalah yang tertinggi di dunia. Jadi jangan cepat percaya dengan apa yang anda lihat.

China

China amat terkenal dengan ramuan herba dan akar kayu seperti ginseng. 1001 macam khasiat yang boleh diperolehi termasuk la untuk memelihara kecantikan dalaman dan luaran. Tetapi pada zaman dynasti Qing kecantikan wanita terletak pada kaki nya. Kaki yang kecil berukuran 3 inci atau dipanggil 'Tapak teratai' menjadi rebutan bangsawan. Jadi seawal umur 3 tahun kaki anak-anak gadis akan diikat dan dibungkus dimana tulang2 jari kaki akan dipatahkan. Tetapi tradisi ini diharamkan selepas kedatangan British.


Myanmar dan Thailand

Kalau suka wanita berleher jinjang haa meh la datang ke thailand ataupun myanmar. Satu kaum dipanggil Kayan mendefinasi kan cantik melalui gelang leher yang dipakai oleh kaum wanita. Lagi banyak gelang dipakai semakin panjang la leher nya. Oleh itu seawal umur 5 tahun, mereka sudah memakai gelang berbentuk melingkar di sekitar leher. Gelang leher tersebut terus ditambahkan seiring dengan pertumbuhan mereka, dan hal tersebut membuat leher mereka semakin panjang seperti leher zirafah ataupun burung unta. Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang leher tersebut boleh mencapai sehingga 10.5 kilo. Hingga mereka tak boleh membiarkan leher mereka tanpa sokongan gelang kalau tak boleh menyebabkan leher patah.


India


Di India rempah ratus dan kunyit adalah pilihan utama. Bukan sekadar bahan untuk memasak tetapi juga untuk kecantikan. Tapi bagi wanita india kecantikan paling penting adalah rambut. Rambut yang panjang, hitam berkilat dan lebat adalah harta utama mereka. Dikatakan mereka akan mencampurkan Black inai dan tahi lembu untuk dijadikan masker rambut. ^_^. untuk menjadikan rambut lebih kuat dan hitam.

Sekitar 25% rambut palsu di AS didatangkan dari hasil pengorbanan wanita-wanita di India. Para wanita di India mengorbankan rambut mereka untuk upacara keagamaan Hindu, dan mereka percaya bahwa dewa mereka sangat suka rambut. Jadi disebabkan terlalu banyak rambut yang dikorbankan di kuil-kuil jadi rambut-rambut tersebut mereka jual ke pasaran, dan meraut keuntungan sebanyak 18 juta USD setahun. Pakar-pakar pendandan rambut mengatakan bahawa kualiti rambut palsu yang paling bagus mutunya adalah rambut orang India.


New Zealand


New Zealand terkenal dengan negara yang cantik penuh dengan ladang dan bunga-bunga. Kaum asal Moari menyatakan kecantikan melalui Tattoo yang dipanggil Moko. Lebih banyak tattoo di badan lelaki itu lebih menonjolkan kejantanan dan keperkasaan. Ia adalah satu ritual keagaaman yang mesti dilalui oleh kaum lelaki. Bagi wanita pula tattoo Moko hanya dibenarkan dilukis di bibir dan dagu, melabangkan status perempuan tersebut. Senang tak yah pakai lipstick dah ^_^



Ethiopian

Antara negara afrika termiskin dan tanah yang tandus. Majoriti kaum asli disinni masih lagi menjalani kehidupan tanpa mengenal erti kemodenan. Di sini parut menjadi batu pengukur pada kecantikan. Lebih banyak parut yang ada dibadan lebih tinggi la harga mas kahwin nya. Oleh itu dari kecil badan anak-anak perempuan ditoreh-toreh dengan pisau termasuk la muka. Bila luka kering jer luka baru akan dibuat. Dikatakan dengan bekas-bekas parut ini dapat memberikan kepuasan yang lebih pada lelaki. 




Mauritania

Di negara ini supermodel macam Gisele Bundchen, Cindy Crowford ataupun Beyonce tak laku. Sebab lelaki mereka suka kan wanita yang berbadan besar. Lagi gempal lagi ramai yang mengejar. >_< sebab bagi mereka ia menunjukkan kesuburan dan gebu. Jadi dari kecil anak-anak diberi makan yang mengandungi banyak lemak agar menjadi gemuk. Di Mauritania jangan harap anda nak jumpa pil langsing ataupun minum diet bende-bende macam tuh tak laku langsung. ^_^





Post kali ni hanya untuk pengetahuan dan untuk anda memikirkan apa makna kecantikan pada pandangan anda pulak?

Natural! Trendy! Glamour! & Sophisticated! Mana satu nak pilih?

Tak pasti mana satu yang sesuai dengan anda?!! Sesuai ke warna ni dengan kulit aku?, Boleh ker aku make-up style macam tuh? ^_^ pasti anda pernah berdepan dengan soalan-soalan macam nie. Paling tidak pun setiap kali anda nak pergi function especially company dinner mesti anda kelam kabut fikir bukan jer baju yang nak glamer tapi make-up pun mestilah yang menyerlahkan personaliti anda juga.

So kat sini akan diberikan beberapa tips untuk pilih style make-up dan warna yang sesuai untuk gaya anda.

Sebelum tu mari kita kenali beberapa gaya atau stail yang menjadi pilihan sekarang.

June 14, 2011

How to Choose the Right Lipstick for You

It's just a suggestion and tips for you how to choose a right Lipstick and right color for your lip. Since lips is a very importance part in your face. With a sightless pink color on your lip will give a big impact to your whole face.

Be careful when choose the lipstick, make sure it's didn't contain any mercury or petroleum in the ingredients. This thing can damage your lips skin.

Obsesi Cantik Ala - ala FCC


SEXY MAXI : Maxi Rouge VS Lip Maximizer



New lipstick range in town......memperkenalkan Maxi Rouge Lipstick dan Lip Maximizer telah berada dipasaran Malaysia sekarang.