Tak pasti mana satu yang sesuai dengan anda?!! Sesuai ke warna ni dengan kulit aku?, Boleh ker aku make-up style macam tuh? ^_^ pasti anda pernah berdepan dengan soalan-soalan macam nie. Paling tidak pun setiap kali anda nak pergi function especially company dinner mesti anda kelam kabut fikir bukan jer baju yang nak glamer tapi make-up pun mestilah yang menyerlahkan personaliti anda juga.
So kat sini akan diberikan beberapa tips untuk pilih style make-up dan warna yang sesuai untuk gaya anda.
- Ini adalah trend atau gaya yang menjadi pilihan ramai sekarang. Semua ape2 pun nak yang simple dan natural. Sememang nya makin nampak natural makin cantik, 'Natural Beauty' yang kita nak tonjolkan. Gaya make-up seperti ini sesuai di gayakan untuk semua majlis tanpa perlu risau adakah make-up anda keterlaluan atau terlalu menonjol. Make-up gaya ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa inginkan kesederhanaan, janji nampak manis di mata yang memandang.
- Oh! She's young!, She Gorgeous! and She Trendy!...yup untuk gaya Trendy warna memainkan peranan penting. Sesuai untuk mereka yang berani mencuba warna-warna yang terang dan meriah. Gaya trendy juga lebih menekan kepada warna eyeshadow dan lipstick yang digunakan. Dengan gaya solekan sebegini membolehkan anda kelihatan muda, energetic dan fresh. Tak salah kalau yang berumur nak mencuba gaya begini janji kene pada tempat dan masa. Yang penting keyakinan diri anda, solekan boleh menunjukkan personalities.
- Anggun, classy, dan Elegant itu la 'Sophisticated'. Sesuai untuk mereka yang ingin sentiasa nampak cantik, kemas dan matang. Gaya seperti ini selalu menjadi pilihan terutama pada Executive-executive muda sekarang. Penampilan yang menarik dan anggun memberikan lebih keyakinan pada mereka dalam melakukan sesuatu terutama apabila berhadapan dengan client ataupun Bos.
- Berhati-hati apabila memilih gaya ini. Pastikan tempat dan masa adalah sesuai. Gaya "Glamorous" adalah gaya yang menonjol dengan penggunaan lebih banyak make-up yang mengandungi glitter-glitter yang amat sesuai untuk Nite party dan Fashion Show. Mungkin terlalu pelik atau tak kene jika anda gaya kan semasa ke office. Confirm ada yang mengata anda giler glamer ^_^. Tapi Kalau kene pada tempat nya anda lah Diva of the night.
How to choose simple make-up with the right style?
- Pastikan anda sentiasa memilih warna yang sesuai untuk wajah dan personaliti anda. Pilih warna yang sesuai dengan skin tone anda. Pink lembut dan earth color sesuai digayakan untuk hari-hari biasa. Kalau nak lebih dramatic seperti Hitam...pastikan hanya untuk kelopak mata sahaja.
- Penggunaan Foundation amatlah penting. Pastikan anda menggunakan foundation yang mengandungi UV protection paling kurang SPF15 dan Vitamin E. Ia penting bagi memelihara kesihatan kulit wajah dan mengelakkan nya dari mudah kering.
- Wear a nice lipstick. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan bibir dan gaya make-up eyeshadow yang anda kenakan. Jika anda mempunyai kulit yang pucat anda boleh lah gunakan warna-warna cerah seperti Chili red, Baby pink and Orange. Tapi jika anda mempunyai kulit yang gelap gunakan warna seperti Rose, light pink, Red suave and nude brown. Tapi jika anda seorang yang simple hanya sedikit calitan gloss ataupun lipstick liquid (Gleam Rouge lipstick) sudah memadai. Kesan nya buat kan anda tampak lebih natural tapi wajah sentiasa kelihatan segar dan berseri.
- Mascara dan eyeliner. Walaupun nampak melecehkan tapi ia penting. Kalau malas nak menggunakan eyeshadow boleh tapi pastikan anda gunakan mascara dan eyeliner. Ia akan berikan kesan mata yang lebih segar dan besar. Untuk nampak lebih natural gunakan simple mascara warna hitam cukup untuk membuatkan bulu mata lebih menyerlah. Jangan gunakan terlalu tebal cukup dengan sekali sapuan, nanti kalau tebal sangat dah jadi terlalu dramatik. Untuk eyeliner boleh gunakan liquid eyeliner ataupun pencil eyeliner. Kalau bermata kecik elakkan gunaka warna seperti brown, gunakan warna hitam untuk menyerlahkan mata dan buatkan nampak lebih besar. Kalau yang memang mempunyai mata yang besar dan bulat elakkan warna hitam nanti membuatkan anda nampak garang.
Tapi apa-apa pun inner beauty adalah lebih penting ^_^. Pilih yang sesuai dan terbaik untuk anda. Gaya anda adalah personaliti anda. Warna bukan sekadar warna ia adalah kehidupan anda.
No comments:
Post a Comment