July 6, 2011

FCC di Pameran Pengantin & Photography di KB Mall, Kota Bahru

Pada 23, 24 dan 25 Jun FCC Retail Partner 'Tuanak Bakti' telah turut serta didalam event Pameran Pengantin & Photography yang berlangsung di KB Mall.

Kak emy Retail Partner FCC untuk kawasan Kota Bahru telah berkerja keras untuk memperkenalkan FCC di sana. Oleh itu beberapa orang dari HQ KL telah turun membantu termasuk internal Make-up artist FCC 'Angah'. Beberapa aktiviti telah dijalankan di booth FCC seperti sesi make-up kepada pelanggan FCC, Make-up demo untuk bakal-bakal pengantin dan juga sesi pengenalan range baru product FCC kepada pengguna-pengguna di Kota Bahru.

Maklum balas dan sokongan yang kami terima dari para pengunjung adalah amat mengalakkan. Seronok berjual dengan mek mek kelate nie semua comey-comey belaka dan sporting. Diorang cukup meriah dan friendly. Selama 3 hari disana kami dilayan baik oleh kak emy dan staff2 nya.


Sementara itu kami juga sempat melawat kaunter FCC di Parkson KBTC. Dapatlah berjumpa dengan Promoter di Parkson KBTC. Sambil menyelam sambil minum air!! hehe  ^_^ sempat jugak kami pergi dinner di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan pada malam terakhir kami sempat bershopping di wakaf Che Yeh sebelum bertolak pada subuh nya ke Kuantan untuk melawat kaunter FCC di Parkson East Cost Mall (ECM).

Tapi kami memang enjoy walaupun penat memandu berjam-jam, dan event di KB berakhir dengan jaya nya jadi tak sia-sia la pemergian kami ke sana.

Jutaan Terima Kasih untuk Kak emy dan keluarga tak lupa jugak pada yani dengan aishah you all memang best. Insyaallah kita akan jumpa lagi ........pas kite jupo pulok deyh....

1 comment:

  1. This is a nice post in an interesting line of content.Thanks for sharing this article. restylane new york

    ReplyDelete