July 4, 2011

Tips & Trick: Menutup ke tidak sempurnaan kulit wajah.

Kebanyakan kita selalu menghadapi masalah ke tidak serataan warna kulit ataupun bekas-bekas hitam disebabkan jerawat yang kita suka sangat kopek dulu-dulu kan. Tak pun disebabkan kekurangan tidur atau rehat menyebabkan lingkaran hitam dibawah mata membuatkan kita kelihatan seperti Panda ^_^. Walaupun kita menggunakan make-up untuk menutupi nya tetapi kadang-kadang ia masih kelihatan.

Jadi FCC ingin memperkenalkan FCC Liquid Concealer sebagai salah satu penyelesaian bagi masalah anda. Nak pakai pun senang dengan technology yang diperbaharui ia didatangkan didalam bentuk seperti pen dimana anda hanya perlu pusing dan sapukan di bahagian yang ingin ditutupi. Sangat-sangat mudah dan praktikal, juga senang dibawa kemana-mana. FCC Liquid Concealer hanya mempunyai 2 warna neutral 03 dan 05.

Tips & Trick: Sapukan liquid concealer selepas anda memakai moisturizer ataupun selepas menyapukan make-up base ke wajah untuk kesan yang efektif. Kemudian barulah anda memakai foundation di atas bahagian yang anda tutupi menggunakan concealer tadi. Ini untuk mengelakkan terjadi nya kesan bercapuk atau tidak rata jika anda memakai foundation dahulu sebelum concealer.

Kalau anda pernah lihat sebelum ini ada concealer yang berwarna hijau ia bukan la nak jadi kan muka anda hijau tapi ia digunakan untuk menutup kulit wajah yang mempunyai jerawat yang kemerah-merahan. Warna hijau akan membuatkan jerawat yang merah menjadi neutral selepas disapukan pula foundation. Bagi mereka yang mempunyai masalah lingkaran hitam bawah mata yang teruk anda digalakkan menggunakan concealer berwarna Kuning untuk yg berkulit cerah ataupun Pink untuk kulit yang agak gelap bagi menyamarkan warna hitam bawah mata.

Jadi bulan July FCC mengadakan promotion bagi Liquid Concealer :-


Jangan lupa dapatkan sekarang dipasaran......Bijak membeli bijak memakai ^_^.

No comments:

Post a Comment